MAK BERNIAGA LILLAHI TAA’LA

SALAM.

MAK SAYA ,SITI AISYAH BT ITAM. NOTA INI MERUPAKAN HASIL NUKILAN SAYA PADA AWAL TAHUN INI. SEMPERNA BULAN RAMADHAN INI, SAYA BERKESEMPATAN MELUANGKAN MASA UNTUK BERSAMA SAMA BANTU MAK MENIAGA. SAYA KONGSIKAN “cerita” EMAK MELALUI LENSA KAMERA SAYA.

(catatan peribadi dari kacamata seorang anak)

by Saksi Matakanan on Tuesday, 28 February 2012 at 14:01 ·

MAK dah lama meniaga kat simpang depan surau AL SYAKIRIN KERAMAT WANGSA. Seingat akulah, dari umur aku 13 tahun (1994). Anda hitunglah sendiri berapa tahun mak meniaga kat depan simpang surau.

MAK meniaga sebab tolong ayah tambah duit poket belanja anak anak,  mak meniaga sebab dia memang suka masak dan bagi orang makan,  dan mak meniaga sebab dia rajin, tak boleh duduk senang dalam rumah.

Aku dan adik beradik aku  tolong mak aku meniaga dari awal remaja, tolong apa yang patut, dari gelek tepung karipap, potong sayur laksa hinggalah kadangkala bancuh tepung goreng pisang.Pernah terlintas disudut kecil aku, kasihan melihat mak bertungkus lumus menyiapkan masakan untuk diniagakan.Semakin hari semangat mak tak pernah luntur, meniaga di panas hari atau kadangala  sesekali hujan ribut melanda hampir menerbangkan bumbung gerai mak.

Sepanjang ingatan aku,  harga jualan kuih muih mak tak pernah berubah, kalu ada pun harga laksa mak yang dulu Rm 1.80 kini RM 2.50 -(sangat murah kalu dibandingkan di tempat lain). KUALITI masakan yang paling sedap dan murah hanya terdapat di gerai mak. sungguh!. Mak tak pernah risau, kuih jualan pasti laris, sebab mak dah ada pembeli setia yang hampir 18 tahun membeli di gerai mak.

Hasil titik peluh mak berjaya membawa mak mengerjakan haji, membeli van, dan membesarkan kami 6 adik beradik. Banyak membantu meringankan beban ayah yang bergaji kecil.

Gerai mak kat simpang kadangkala menjadi tempat singgahan pelanggan mak meluahkan keluh kesah,masalah kerja, masalah rumah tangga dan kadangkala menjadi tempat pertanyaan sesat jalan, atau mencari rumah sewa. Aku menjadi saksi, mak melayan segala karenah pelanggan dengan senyuman, dan kadangkala aku lihat mak ibarat kaunselor untuk mereka merujuk masalah. Sebesar besar kereta pelanggan mak,setinggi pangkat pelanggan mak , datang bercerita meluahkan rasa suka dan duka pada mak, yang hanya peniaga kuih muih dan goreng pisang di simpang surau.

IKHLAS, mak IKHLAS, tak pernah merungut, setiap yang minta bantuan mak, mak akan bantu sebaik mungkin. Kadangkala, orang mengandung yang teringinkan sesuatu masakan pun mak tolong dapatkan dan usahakan.

Aku pernah tanya mak, kenapa mak suka susah payah tolong orang? Mak cakap LILLAHI TA’ALA, kerana ALLAH TAALA, tatkala jawapanitu diberi, aku terdiam dan berfikir, mak meniaga LILLAHI TA’ALA.NIAT LILLAHI TA’AALA dalam setiap perbuatan dan pekerjaan. Mak mengajar aku pengertian itu. Sayang mak.

*dari sahabat untuk sahabat

p/s : mari singgah gerai mak, SIMPANG JALAN SURAU AL SYAKIRIN KERAMAT WANGSA.

Image

Mak memasukkan kuih jualan ke dalam kereta untuk diniagakan di gerai mak.

Image

Salah seorang pembeli setia mak sudah menanti mak setibanya mak digerai.Kemudahan telefon bimbit digunakan untuk memudahkan mak menghubungi adik,masitah yang bersedia membantu mak bila bila masa.

Image

Bihun gorang mak dijual harga satu ringgit sebungkus.

Image

Keramahan mak menjual kuih muih menjadikan pembeli mak selesa untuk berurusan jualan.

Mak, Siti Aishah Itam, 59 tahun. Menunggu pembeli kuih muih di gerai.

Advertisements
This entry was published on July 26, 2012 at 1:19 pm and is filed under Uncategorized. Bookmark the permalink. Follow any comments here with the RSS feed for this post.

One thought on “MAK BERNIAGA LILLAHI TAA’LA

  1. fasya sayanggggggggg…!!

    aku baca entry ko nih rasa sebak jer…
    betapa besar pengorbanan sorang ibu,.,, Allah jua membalas jasa2 mereka & semoga mereka dikurniakan tubuh badan yg sihat berpanjangan & umur yg panjang,

    rindu sangat ngan mak aku…nak balik bln 12 ni last2 kensel sbb aku masuk wad. huwaaaaaaaaaaaaaa..!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: